Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Susu Ibu Mengandung Terbaik Untuk Anda

Pasangan mana yang tak sayangkan kandungan lebih-lebih lagi jika pasangan tersebut sudah menunggu lama kehadiran si kecil dalam rahim.

Jadi pasti si ibu ingin menjaga kesihatan bayi dalam kandungan dengan pengambilan makanan sihat serta minuman tambahan susu ibu mengandung dalam pemakanan harian.

Tetapi ibu-ibu tak tahu mana satu susu ibu mengandung yang mengandungi khasiat susu terbaik untuk mereka.

Bagi memudahkan anda, kami senaraikan susu ibu mengandung yang paling bagus untuk anda jadikan sebagai minuman tambahan harian yang dapat memberikan khasiat untuk para ibu mengandung dan bayi dalam kandungan. InsyaAllah.

Image Product Feature Price
TOP
Enfamama A+ Chocolate - 900g (Maternal & Lactating Milk Formula)
Overview:
  • Mengandungi lebih 5 nutrisi penting
  • Sesuai untuk ibu menyusu
  • Mengelakkan sembelit
Beli Sekarang
Susu Enfamama A+ ini dirumus secara saintifik untuk menyokong keperluan nutrisi ibu hamil dan menyusu. Malah susu ini bertindak melindungi fetus anda daripada jangkitan virus yang berbahaya. Sesuai kepada ibu yang baru pertama kali hamil, yang berpengalaman serta yang menyusukan badan. Ini kerana Enfamama A+ kaya dengan beberapa nutrisi penting. Antaranya tinggi Asid Folid, tinggi Kolin, kalsium, vitamin D, besi dan Inulin.

Image Product Feature Price
Abbott Similac Mom with DHA & Choline
Overview:
  • Susu rendah lemak, baik untuk ibu mengandung
  • Membantu perkembangan otak janin
  • Menjaga kesihatan ibu dan janin
Beli Sekarang
Otak bayi mula terbentuk pada minggu ketiga pertumbuhannya. Fasa ini adalah amat penting untuk melindungi DHA dalam sel otak kanak-kanak bagi memastikan perkembangan otak. Jadi, susu Similac Mom ini mengandungi vitamin E Asli dan Lutein untuk menyokong perkembangan otak si manja ketika dalam kandungan. Sebaiknya, amalkan susu dari jenama Similac untuk ibu mengandung ini supaya dapat menyokong pembelajaran yang lebih pantas. Dalam masa yang sama juga, susu ini dapat membantu si ibu untuk mengawal kenaikkan berat badan yang melampau ketika mengandung.

Image Product Feature Price
Anmum Materna Formulated Milk Powder for Pregnant Mothers No Added Sugars (Plain)
Overview:
  • Mempunyai pilihan perasa
  • Kandungan GI dan lemak rendah
  • Tidak mengandungi gula tambahan
Beli Sekarang
Khasiat dalam susu ini dapat menjadi sumber tenaga tambahan buat ibu hamil dengan keperluan AHA/DHA sebagai komponen penting dalam perkembangan membran sel otak janin. Harus diingatkan bahawa bayi memerlukan nutrisi yang lengkap sejak dalam kandungan dan bukan hanya selepas lahir. Nutrisi utama dalam susu ini seperti gangliosida, GA dan DHA yang mampu untuk membantu melancarkan lagi sistem peredaran darah pada ibu hamil. Dalam pada itu, serat folat yang terkandung dalam susu ini seperti kalsium mineral dan zat besi penting untuk tulang.

Image Product Feature Price
Momma Pregolact
Overview:
  • Sesuai untuk ibu menyusu
  • Kurangkan alahan dan bekalkan tenaga
  • Bantu imbangkan HB dan bebas gula
Beli Sekarang
Sesetengah daripada wanita hamil pasti ada masalah bacaan HB rendah dan ini menjadikan si ibu dalam kategori kandungan berisiko. Bukan itu saja, badan mudah penat, rasa mual-mual sepanjang hamil dan tidak bertenaga. Jadi susu ibu mengandung dari jenama Momma menghasilkan susu khas untuk golongan ini. Dalam segelas susu ini mengandungi nutirisi pelbagai untuk si ibu dan anak. Antaranya 3 macronutrient, 14 vitamin dan mineral, Omega-3 dan Asid folik. Malah, susu yang diproses adalah 100% susu tanpa mengandungi krimer / maltodextrin dan 13 bahan semulajadi yang terpilih dan berkualiti premium.

Image Product Feature Price
Frisomum Gold Honey Vanilla
Overview:
  • Sesuai untuk ibu menyusu
  • Mengandungi lebih 6 nutrisi penting
Beli Sekarang
Susu dari Frisomum Gold ini bukan saja untuk ibu mengandung tapi sesuai untuk ibu menyusu. Diformulasi dengan nutrien penting DualCare+ untuk menyokong perubahan fisiologi semasa kehamilan dan menyediakan asas yang baik untuk si manja. Malah, formula Frisomum Gold DualCare+ ini didatangkan dengan Indeks Glisemik (GI) yang rendah. Indeks ini untuk membantu ibu hamil mengekalkan berat badan yang sihat sepanjang kehamilan mereka. Selain itu, terdapat lebih 6 nutrisi penting untuk si ibu yang mengandung antaranya vitamin B, B12, D, kalsium, iodine, asid folik, magnesium, DHA, choline, prebiotik dan banyak lagi. Tidak mengandungi sukros tambahan jadi bagus untuk ibu yang mengalami diabetes.

Image Product Feature Price
Karihome MAMA Goat's Milk Powder
Overview:
  • Sesuai untuk ibu menyusu
  • Mengandungi 8 nutrien utama
  • Menambah tenaga dan mengelakkan sembelit
Beli Sekarang
Bagi ibu mengandung yang mencari susu kambing, pilihlah susu Karihome Mama. Ini kerana mengandungi khasiat lengkap untuk ibu mengandung dan ibu menyusu badan. Malah, dirumus dengan susu kambing tulen dari New Zealand dan protein susu kambing Karihome hanya 1/3 daripada saiz protein susu lembu biasa. Lagipun kaya dengan 8 nutrien utama untuk bantu ibu lebih bertenaga dan anak dalam keadaan sihat. Antara nutrien yang ada adalah protein, folat, kolin, DHA, kalsium, zat besi, zink dan multivitamin. Semua nutrien ini bagus untuk anak dan ibu jadi, pengambilan susu ini sebaiknya dari awal hamil sehingga tamat tempoh penyusuan badan.

Kesimpulan

Aspek pemakanan yang melibatkan makan dan minum bagi seorang individu sedang hamil adalah amat penting. Ini kerana ibu mengandung memerlukan nutrisi dan khasiat yang mencukupi untuk dirinya sendiri serta bayi di dalam kandungan.

Seorang ibu sedang hamil memerlukan jumlah kalsium yang tinggi untuk memastikan pertumbuhan tulang bayi sempurna selama 9 bulan dalam kandungan. Malah, terdapat kajian mengatakan ibu hamil memerlukan lebih 1,000 miligram kalsium setiap hari.

Kebiasaannya keperluan ini boleh dipenuhi dengan mengamalkan pengambilan susu untuk ibu mengandung. Lagipun pengambilan susu hamil dapat memberi banyak manfaat dan dapat mengelakkan serta pengurangan risiko penyakit diabetes jenis 2 bagi si ibu.

Selain itu, dapat mengurangkan risiko osteoporosis pada si manja apabila meningkat usia dan membantu meningkatkan IQ anak. Sebaiknya, amalkan pengambilan susu sepanjang tempoh hamil untuk kebaikan anda dan si manja.

Credit: 8 Susu Ibu Mengandung Terbaik di Malaysia 2023 (productnation.co)

Catat Ulasan for "Susu Ibu Mengandung Terbaik Untuk Anda"