Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kasut Badminton Terbaik 2024

Apakah jenama kasut badminton terbaik dan terbaru bagi tahun 2024? Perhatian buat pemain badminton yang ingin ketahui senarai jenama kasut badminton terbaik dan murah tahun 2024 di Malaysia. Untuk makluman anda, Sukan Badminton boleh dimainkan dalam pelbagai kategori antaranya iaitu perseorangan, beregu lelaki atau wanita dan beregu campuran. 

Individu yang sering bersukan mungkin boleh nampak dengan jelas perbezaan setiap satu kasut sukan dari segi penggunaan getah, rekaan dan faktor lain. Berikut merupakan antara Kasut Badminton Murah Dan Terbaik tahun 2024 buat rujukan anda.

Image Product Feature Price
FELET Badminton Shoes Ultra Boost Ranger Boost
Overview:
  • Anti geseran dan shock absorb
  • Bahagian tapak kasut stabil
  • Pelapik dalam kasut jenis kusyen
Beli Sekarang
Kasut badminton ini boleh mencengkam permukaan gelanggang badminton dengan baik kerana memiliki tapak kasut yang anti gelincir. Tak perlu risau jika anda melompat dengan tinggi untuk buat pukulan smash bulu tangkis sebab tak akan mudah tergelincir. Harga kasut jenama Felet ini masih berada dalam kategori mampu milik. Strukturnya juga lebih elastik, jadi, selesa dipakai ketika beriadah. Saiz yang ditawarkan pula adalah pelbagai iaitu dari saiz 38 hingga 46. Turut mempunyai banyak mesh untuk kurangkan haba di bahagian dalam kasut. Barulah kaki boleh bernafas dan tak mudah berpeluh kan.

Image Product Feature Price
Apacs Badminton Shoes
Overview:
  • Harga berpatutan
  • Bahagian depan yang lebar
  • Rekaan dan kualiti yang bagus untuk sukan badminton
Beli Sekarang
Bagi pemain sukan badminton anda wajib dapatkan kasut badminton terbaik Apacs ini. Ini kerana bahagian Top-Cap kasut ini direka dengan Microfibre akan memberi keselesaan dan ketahanan pada kaki anda. Selain itu, turut mempunyai kusyen anti gelincir pada bahagian pelapik dalam kasut. Oleh itu, tapak kaki anda tak sakit dan kekal stabil ketika bermain badminton. Selain itu, kasut ini mampu menyerap kejutan dengan baik dan paling menarik, terdapat pelbagai pilihan saiz kasut yang ditawarkan.

Image Product Feature Price
FELET The Latest Galaxy Boost Badminton Shoes
Overview:
  • Kasut yang ringan
  • Pelapik tapak dalam kusyen
  • Cengkaman yang bagus
Beli Sekarang
Anda patut dapatkan kasut badminton jenama FELET yang berkualiti tinggi ini. Bahagian tapak di dalam kasut ini dilengkapi dengan kusyen yang bakal memberikan keselesaan kepada si pemakai ketika bergerak di gelanggang badminton. Menariknya lagi terdapat 6 pilihan warna kasut antaranya biru/oren, biru/merah, merah/hitam dan hitam/kuning. Bukan itu sahaja, saiz kasut yang ada juga pelbagai iaitu dari saiz UK 6 hingga UK8. Memandangkan kasut ini jenis unisex, wanita dan lelaki boleh pakai tanpa masalah.

Image Product Feature Price
Line7 L7 CS-2146 Court Shoe/Badminton Shoes
Overview:
  • 2 pilihan warna (hitam dan putih)
  • Unisex
  • TPR material
Beli Sekarang
Kasut jenama Line7 ini direka khas untuk dipakai ketika bermain sukan di gelanggang seperti berlatih badminton. Sesuai dijadikan kasut sukan biasa kerana sangat ringan dan selesa dipakai. Dijamin terasa power macam juara badminton dengan kasut ini. Kasut yang diperbuat daripada material TPR ini juga tidak mudah melecet.

Image Product Feature Price
Yonex Power Cushion Aerus Z Ladies Badminton Shoes
Overview:
  • Kasut sangat ringan
  • Diperbuat daripada Power Cushion
  • Mahal tetapi kualiti TOP
Beli Sekarang
Kasut badminton khas untuk wanita jenama Yonex ini menawarkan pelbagai pilihan saiz untuk pemain badminton, antaranya dari UK4.5 hinggalah saiz UK7. Bahagian tapak kasut diperbuat daripada getah yang tidak mudah menyebabkan anda mudah tergelincir. Manakala bahagian midsole kasut dan uppersole pula diperbuat daripada Synthetic Resin dan Synthetic Fiber. Ditambah pula fabrik Double Raschel Mesh yang dijamin memberikan kaki anda ventilasi yang diperlukan agar tidak mudah berbau walaupun berpeluh.

Image Product Feature Price
Asics Badminton Indoor Court Shoes Gel Rocket 10
Overview:
  • Sangat selesa
  • Seusai untuk indoor court
  • Sedikit mahal
Beli Sekarang
Untuk anda yang sering bermain badminton untuk beriadah setiap petang, memang wajib dapatkan kasut khas untuk badminton jenama Asics ini. Kasut sangat selesa dan sedap dipakai untuk indoor court. Manakala saiz kasut yang ada juga pelbagai, dari saiz US8 hinggalah US11. Jadi, yang ada kaki saiz besar pun boleh pakai tanpa masalah. Harga sedikit mahal tetapi datang dengan kualiti terbaik dari brand Asics.

Image Product Feature Price
PROTECH Junior Badminton Court Shoes - AIRS
Overview:
  • kasut ringan
  • Sesuai untuk kanak-kanak dan remaja
  • Cengkaman baik dan anti gelincir
Beli Sekarang
Terdapat 3 pilihan warna kasut ini iaitu kelabu, merah dan hitam. Sesuai dipakai oleh yang baru berjinak-jinak dalam sukan badminton atau yang mementingkan rekaan kasut yang cantik dan stylish. Kasut sukan badminton PROTECH juga diperbuat daripada bahan Double Russel Mesh yang boleh memberikan ventilasi terbaik dan keselesaan kepada kaki. Manakala bahagian pelapik dalamnya pula jenis kusyen yang boleh menyerap kejutan, jadi memang terbaik jika anda sering melompat ketika membuat pukulan smash. Turut memberikan kestabilan yang diperlukan oleh kaki anda ketika bermain agar tak mudah cedera atau terseliuh.

Image Product Feature Price
Kawasaki Crossing Badminton Shoe K-CY -White & Black/Black & Purple
Overview:
  • Tapak kasut kalis haus
  • Selesa dan cengkaman kuat
  • Mudah diikat dan melindungi buku lali
Beli Sekarang
Apa yang menarik tentang kasut badminton Kawasaki ini ialah design yang menarik dan jenis unisex. Diperbuat daripada material Microfiber yang tak mudah haus. Manakala bahagian atas kasut pula diperbuat daripada mesh yang membolehkan kaki anda ‘bernafas’ jadi memang sedap nak guna. Lagi bagus, tapak kasut badminton ini juga memiliki cengkaman yang kuat, jadi anda boleh bermain di gelanggang tanpa halangan. Sedikit mahal tetapi memang best untuk bermain badminton.

Image Product Feature Price
GATTI Badminton Shoes Kosmo Black Gold
Overview:
  • Tapak jenis getah
  • Kasut selesa
  • Breathable dan Unisex
Beli Sekarang
Kasut jenama Gatti ini pula adalah lebih murah berbanding jenama kasut badminton lain yang ada di pasaran. Memang sesuai untuk yang ada bajet terhad tapi gemar bersukan di gelanggang badminton outdoor mahupun indoor. Memandangkan kasut ini berwarna hitam keemasan, sudah tentu ia tak mudah kotor walaupun anda bermain dengan lasak. Saiz yang ditawarkan pula ialah dari UK6 hingga UK11 dan boleh dipakai oleh kaum Adam dan Hawa.

Image Product Feature Price
Yonex Badminton Shoes Tokyo Tru-Cushion
Overview:
  • Sangat selesa
  • Menyerap kejutan
  • Kualiti terbaik dari Yonex
Beli Sekarang
Dengan harga bawah RM200, anda dah boleh miliki kasut badminton Yonex Tokyo Tru-Cusion ini. Jangan risau sangat selesa dipakai kerana memang direka khas untuk dipakai ketika bermain di gelanggang badminton. Saiz kasut yang ialah dari UK6.5 hinggalah UK11. Jadi, tak perlu risau jika kaki anda bersaiz lebar sebab sesuai untuk semua jenis kaki.

Catat Ulasan for "Kasut Badminton Terbaik 2024"